JOIN ME AT FACEBOOK

Saturday, April 6, 2013

RAHSIA MUDAH BUAT HIASAN COKLAT LEBIH MENARIK


Coklat banyak digunakan untuk buat hiasan pelbagai produk makanan yang lain seperti hiasan coklat untuk kek, hiasan coklat untuk cup kek dan macam - macam lagi.


Kekadangan kita lihat untuk buat hiasan macam susah aje..tapi nampak cantik dan menarik..Sebenarnya nak buat hiasan ini tak susah mana pun jika tahu rahsianya..

Nak tahu?...lihat video ini..


Friday, March 29, 2013

WARNAKAN COKLAT ANDA DENGAN MUDAH


Dunia ini penuh dengan warna warni dan kadang kala mungkin kita terasa bosan jika coklat kita hanya berwarna coklat atau putih sahaja ..ya tak..

Kini dah ada pewarna makanan yang boleh kita gunakan untuk mewarnakan coklat kita, hatta coklat yang kita buat dari coklat bar yang warna coklat tu..

Kini kita boleh berkarya dengan coklat yang warna coklat itu dan boleh kita warnakan dengan beberapa warna supaya dunia coklat kita lebih ceria..yahoooo...

Hanya beli spray pewarna makanan ini dan spray aje atas produk coklat kita tu..kan lebih menarik dan ceria..

Ini spray pewarna untuk makanan.

Isunya kat mana kita nak beli dan persoalan halal nya ?..Itu anda kena buat kajian sendirilah sebab saya sendiri pun belum jumpa kat mana nak beli kat Malaysia ni..


Sunday, March 17, 2013

HIASAN RUMAH DENGAN COKLAT TERBONGKAR..

HIASAN RUANG TAMU RUMAH SEMUA NYA DIBUAT DENGAN COKLAT !..yummy..

Ini cerita terbaru yang saya baca..bila dah fokus ke coklat macam - macam kita boleh buat. Ini satu lagi seni coklat..

Seorang pengukir Elena Kliment telah guna 600 kilo coklat untuk buat ukiran perabut coklat ..Lihat gambar diatas tu..semua dibuat daripada coklat...


Ini satu kaedah menarik pengunjug ke sebuah shopping center di  Minsk..ha ha menarikan..
Nak lihat cara dia buat camne ye..lihat video ni..







Kedai anda atau rumah anda macam mana ?..ada nak buat..?..Jika nak buat ..fikir juga penjagaan nya takut hari ini siap esok dah di makan semut atau tikus..









Sumber : http://www.huffingtonpost.com/2013/03/13/chocolate-room-elena-kliment_n_2867001.html

Thursday, March 7, 2013

SANDWICH COKLAT BAKAR... SEDAP ..DAH CUBA ?


Sandwich coklat merupakan produk baru yang saya sendiri pun baru nak cuba buat. Ini satu lagi kelainan dalam kita makan coklat atau pelbagaikan jenis sandwich yang dapat kita makanan.

Nak buat ini gunalah coklat bar manis dan jika minat boleh juga tambah keju..

Macam mana nak buat ni ?..Boleh baca kat sini..KLIK 

Sapa dah cuba jangan lupa comment..

Saturday, February 16, 2013

PATUNG COKLAT UNTUK PROMOSI


Sebuah patung coklat telah dibina untuk promosi filem terkini Bruce Willis , Die Hard : The Last Day di Jepun. Coklat patung ini dibuat untuk watak utamanya Bruce Willis..sudah pasti le hero filem..

Beginilah bila berkarya dengan coklat..tak tahu pula banyak mana coklat yang telah digunakan untuk membuat coklat patung ini..bukan kecil..sama macam orang dewasa pulak tu..

Berapa lama patung coklat ini dapat disimpan tidak juga saya ketahui..dan berapa harganya ?.

Inilah satu cara nak buat promosi dengan guna coklat..anda bagaimana ? tak teringin ke nak buat ukiran besar daripada coklat dan letak depan kedai coklat atau kedai kek anda ?..

Bila buat jangan lupa panggil pemberita ..sekurang - kurangnya dapat promosi percuma kat tv atau suratkhabar !..dan mungkin majalah ..pasti ramai yang tertarik nak lihat dan sudah pasti akan datang ke kedai anda!..

Walaupbagaimana pun kalau nak buat itu biarlah sesuatu yang tidak menyalahi undang -undang , adat resam budaya dan agama kita ye...

Boleh lihat video ni untuk tengok saiz..tak faham bahasa jepun , boleh guna google translator






Ini satu lagi kegunaan coklatlah..nampaknya...promosi..dan tarik perhatian...


itu dia macam -macam membuat coklat

Sumber: http://www.zimbio.com/Movie+News/articles/JtuZOHKaXMz/Japan+Celebrated+New+Die+Hard+Movie+Giant

Tuesday, January 8, 2013

COKLAT CENDERAHATI PILIHAN UNTUK PERKAHWINAN TAHUN 2013

Pada hari ahad 6.1.2013 saya ada hadir ke majlis perkahwinan saudara saya di UPM dan apa yang menarik , coklat telah dijadikan cenderahati perkhawinan yang ekslusif pada majilis itu.

Walaupun pembungkusan awalnya cukup simple, namun dengan pengisian coklat dalam bekas kaca serta diikat riben ia kelihatan amat menarik..

Saya yakin coklat akan menjadi pilihan cenderahati perkahwinan untuk tahun 2013 ini..kerana ia manis dan sesuai dengan majlis pernikahan..so sweet lah...

Bagi yang buat dan jual coklat ..boleh jadikan majils seumpama ini..peluang untuk memasarkan produk coklat anda..

Saturday, January 5, 2013

PAKAIAN COKLAT SUATU KEGILAAN COKLAT ZAMAN MODEN

Pakaian yang dibuat daripada coklat !

Pernahkah anda lihat pakaian coklat ?. Maksud saya adalah pakaian yang dibuat daripada coklat !..ya coklat kini dibuat pakaian sama ada dalam bentuk baju dan juga pakaian yang lain.

Inilah kegilaan manusia pada coklat !..Kecintaan kepada coklat hinggakan ada yang buat pakaian bahkan ada pertunjukkan fesyen pulak tu..namun semua ini berlaku di Eropah dan mungkin merebak ke negara lain.

Inilah satu lagi produk hasilan coklat..bila dah tahap tinggi kesukaan pada coklat atau dah naik syieh macam -macam idea timbul antaranya pakaian coklat ini..

Cuma isunya ..ada orang nak beli pakai ka baju ni ?..Bagi kita disini..kalau nak buat ..pada pandangan saya sekadar topi coklat ka dan di buat sekadar hiasan sahaja untuk penarik kedai kita atau pun majlis aje..kerana kurang sesuai dengan budaya timur kita..

Pakaian yang dibuat daripada coklat 100% !


PERTUNJUKKAN FESYEN PAKAIAN COKLAT !




Tuesday, January 1, 2013

CARA MUDAH UNTUK BUAT RUMAH COKLAT


Satu cara mudah untuk menghasilkan produk coklat adalah dengan mengunakan coklat untuk membuat rumah coklat !.

Penghasilan produk - produk coklat tidak terhad kepada produk coklat tradisi sahaja, namun dengan coklat kita boleh hasilkan pelbagai macam produk coklat hanya dengan tingkatkan imiginasi dan kreativiti kita..

Satu cara mudah membuat produk coklat adalah membuat rumah coklat yang saya yakin jika kita buat dan jual pasti akan disukai oleh ramai orang terutama kanak -kanak..

Lihat lah video ini dan cuba buat sebuah rumah coklat untuk hadiah hari lahir anak anda pada tahun 2013 ini..tak kan tiap -tiap tahun nak potong kek coklat kot...selamat mencuba..