JOIN ME AT FACEBOOK

Monday, December 24, 2012

MEMBELI COKLAT DAIM DI KEDAI BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBUR


Kini dah musim cuti sekolah dan esok pula cuti krismas..so saya pun telah berada di Kota Bharu Kelantan..

Bila berada di Kota Bharu ni..projek utama bawa anak -anak pergi pantai Genting , Tumpat..namun hujan turun dengan lebat...so terus aje ke Pengkalan Kubur..apa lagi ke Kawasan Bebas Cukai..Pengkalan Kubur le...letak pun dah tak jauh dari Pantai Genting..

Masuk aje ke kawasan ni dah nampak kedai jual pelbagai jenis coklat ..lalu beli beberapa jenis coklat..antaranya COKLAT DAIM ini..


Beginilah coklat DAIM ini...harga pun tak mahal..lebih kurang RM17.00 aje..Coklat Daim ini pada asalnya dijual dekat LANGKAWI aje..so bila ada kawan-kawan pergi LANGKAWI kena pesan beli coklat DAIM ni..

Kini bila dah popular , coklat DAIM ini dah dijual banyak diseluruh negara dan termasuklah di Pengkalan Kubur ini..

Coklat Daim ini pun telah ada dalam bentuk bar..ini memberikan pelbagai pilihan pada pengguna..

Inilah kehebatan jual coklat bila dah terkenal pasarannya pun perlu meluas..tak perlu pergi Langkawi lagi jika nak beli coklat ini...

No comments:

Post a Comment