JOIN ME AT FACEBOOK

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Selamat menyambut tahun baru 2013..saya dan seluruh wargakerja membuatcoklat.com ucapkan kepada semua pembaca yang sudi singgah dan baca perkongsian informasi di sini.

Semuga ditahun baru 2013 ini, kita semua akan hidup lebih bahagia, sejahtera semanis coklat yang kita selalu minati..

Sebagaimana coklat boleh mempunyai pelbagai rasa dan diadun dengan pelbagai cara untuk memberikan manisan terbaik kepada halwa rasa, begitulah hendaknya kehidupan dan usaha kita semua di tahun baru 2013 ini, ubahsuai kehidupan kita kearah yang lebih baik demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarat..

Kombinasi coklat dengan pelbagai jenis makanan mampu menyerlahkan lagi citarasa sesuatu makanan, lihat sahaja buah strawberi boleh di celup kepada coklat untuk memberi rasa dan nilai yang tersendiri..

Sama-samalah kita di tahun baru 2013 ini, kita semua meningkatkan kretiviti kita dalam menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan coklat..


Selamat Tahun Baru 2013

Monday, December 24, 2012

MEMBELI COKLAT DAIM DI KEDAI BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBUR


Kini dah musim cuti sekolah dan esok pula cuti krismas..so saya pun telah berada di Kota Bharu Kelantan..

Bila berada di Kota Bharu ni..projek utama bawa anak -anak pergi pantai Genting , Tumpat..namun hujan turun dengan lebat...so terus aje ke Pengkalan Kubur..apa lagi ke Kawasan Bebas Cukai..Pengkalan Kubur le...letak pun dah tak jauh dari Pantai Genting..

Masuk aje ke kawasan ni dah nampak kedai jual pelbagai jenis coklat ..lalu beli beberapa jenis coklat..antaranya COKLAT DAIM ini..


Beginilah coklat DAIM ini...harga pun tak mahal..lebih kurang RM17.00 aje..Coklat Daim ini pada asalnya dijual dekat LANGKAWI aje..so bila ada kawan-kawan pergi LANGKAWI kena pesan beli coklat DAIM ni..

Kini bila dah popular , coklat DAIM ini dah dijual banyak diseluruh negara dan termasuklah di Pengkalan Kubur ini..

Coklat Daim ini pun telah ada dalam bentuk bar..ini memberikan pelbagai pilihan pada pengguna..

Inilah kehebatan jual coklat bila dah terkenal pasarannya pun perlu meluas..tak perlu pergi Langkawi lagi jika nak beli coklat ini...