JOIN ME AT FACEBOOK

Saturday, May 26, 2012

BISNES COKLAT BOLEH BERMULA MODAL KECIL ASAL ADA ILMU DAN KESANGGUPAN



Buat coklat ni kta boleh jadikan ia suatu bisnes yang mudah hanya bermula dari rumah dengan modal yang kecil sahaja dan apa yang penting anda perlu ada ilmu yang betul serta keazaman yang kuat untuk berusaha dan berjaya.

Hari ini saya ada baca dalam harian metro bagaimana rakan kita dah berjaya kembangkan bisnes coklat keperingkat yang lebih luas hanay dengan bermodalkan RM27 sahaja.

Ini satu contoh mudah bagaimana kita semua boleh mulakan bisnes coklat hanya modal kecil sahaja.

Thursday, May 3, 2012

PEMBUNGKUSAN COKLAT MENAMBAH NILAI COKLAT

Coklat tempahan siap ..untuk doorgift.
Selain daripada bentuk coklat, rasa coklat, warna coklat , pembungkusan juga memainkan peranan penting dalam pemasaran coklat buatan tangan.

Pembungkusan yang dipilih biarlah sesuai dengan tujuan coklat itu dibuat sama ada untuk doorgift, hantaran perkahwinan atau pun untuk majlis - majlis tertentu..

Contoh pembungkusan.
Pembungkusan coklat perlu dipilih supaya mampu memberikan ketahanan daripada kerosakan  semasa penghantaran.

Pembungkusan Hadiah
Pembungkusan coklat dengan sedikit hiasan juga mampu menambah nilai dan juga harga coklat buatan tangan ini.Oleh itu pilihlah pembungkusan coklat yang sesuai untuk tempahan yang kita terima..