JOIN ME AT FACEBOOK

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Selamat menyambut tahun baru 2013..saya dan seluruh wargakerja membuatcoklat.com ucapkan kepada semua pembaca yang sudi singgah dan baca perkongsian informasi di sini.

Semuga ditahun baru 2013 ini, kita semua akan hidup lebih bahagia, sejahtera semanis coklat yang kita selalu minati..

Sebagaimana coklat boleh mempunyai pelbagai rasa dan diadun dengan pelbagai cara untuk memberikan manisan terbaik kepada halwa rasa, begitulah hendaknya kehidupan dan usaha kita semua di tahun baru 2013 ini, ubahsuai kehidupan kita kearah yang lebih baik demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarat..

Kombinasi coklat dengan pelbagai jenis makanan mampu menyerlahkan lagi citarasa sesuatu makanan, lihat sahaja buah strawberi boleh di celup kepada coklat untuk memberi rasa dan nilai yang tersendiri..

Sama-samalah kita di tahun baru 2013 ini, kita semua meningkatkan kretiviti kita dalam menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan coklat..


Selamat Tahun Baru 2013

Monday, December 24, 2012

MEMBELI COKLAT DAIM DI KEDAI BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBUR


Kini dah musim cuti sekolah dan esok pula cuti krismas..so saya pun telah berada di Kota Bharu Kelantan..

Bila berada di Kota Bharu ni..projek utama bawa anak -anak pergi pantai Genting , Tumpat..namun hujan turun dengan lebat...so terus aje ke Pengkalan Kubur..apa lagi ke Kawasan Bebas Cukai..Pengkalan Kubur le...letak pun dah tak jauh dari Pantai Genting..

Masuk aje ke kawasan ni dah nampak kedai jual pelbagai jenis coklat ..lalu beli beberapa jenis coklat..antaranya COKLAT DAIM ini..


Beginilah coklat DAIM ini...harga pun tak mahal..lebih kurang RM17.00 aje..Coklat Daim ini pada asalnya dijual dekat LANGKAWI aje..so bila ada kawan-kawan pergi LANGKAWI kena pesan beli coklat DAIM ni..

Kini bila dah popular , coklat DAIM ini dah dijual banyak diseluruh negara dan termasuklah di Pengkalan Kubur ini..

Coklat Daim ini pun telah ada dalam bentuk bar..ini memberikan pelbagai pilihan pada pengguna..

Inilah kehebatan jual coklat bila dah terkenal pasarannya pun perlu meluas..tak perlu pergi Langkawi lagi jika nak beli coklat ini...

Friday, November 30, 2012

JUAL BELI COKLAT DI MAHA 2012 SERDANG SELANGOR



COKLAT



Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan   Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang berlangsung dar di sini setakat ini mencatat lebih 600,000 pengunjung dalam tempoh dua  hari.

Di MAHA 2012 ini juga terdapat ramai usahawan yang menjualkan coklat dan produk hasilan coklat yang amat memberangsangkan.

Ada yang jual coklat , ada yang jual kek coklat dan ada juga yang menjual minuman coklat..paling banyak yang jual coklat homemade lah..

Oleh itu kepandaian buat coklat ini boleh beri pulangan yang baik pada setiap masa ..janji kita pandai pasarkan produk ikut kehendak pasaran..














Wednesday, September 5, 2012

Nak Belajar Coklat ?


Salam sejahtera..nampak dah banyak peminat coklat...Hari ini saya kongsi sedikit info coklat..ni..nak tahu asal usul coklat...baca presentation ini ye...klik kanan dan kiri..ye..



Saturday, June 23, 2012

Satu Daripada SEBAB Kenapa Kita Perlu Belajar Buat Coklat.


Belajar buat coklat sendiri sebenarnya mudah dan boleh kita lakukan..saya terkejut baca berita ini..seorang pemuda ditangkap dan dipenjara kerana curi coklat RM12.90..

Anda boleh buat coklat dengan belajar melalui buku sahaja....dan boleh buat kat rumah kita pun dapatkan di sini  > BUKU BELAJAR BUAT COKLAT

Oleh itu jangan bertangguh lagi..raya pun dah akan tiba jua tahun ini...buat hidangan raya bercoklat tahun ini..amacam ?

Saturday, May 26, 2012

BISNES COKLAT BOLEH BERMULA MODAL KECIL ASAL ADA ILMU DAN KESANGGUPAN



Buat coklat ni kta boleh jadikan ia suatu bisnes yang mudah hanya bermula dari rumah dengan modal yang kecil sahaja dan apa yang penting anda perlu ada ilmu yang betul serta keazaman yang kuat untuk berusaha dan berjaya.

Hari ini saya ada baca dalam harian metro bagaimana rakan kita dah berjaya kembangkan bisnes coklat keperingkat yang lebih luas hanay dengan bermodalkan RM27 sahaja.

Ini satu contoh mudah bagaimana kita semua boleh mulakan bisnes coklat hanya modal kecil sahaja.

Thursday, May 3, 2012

PEMBUNGKUSAN COKLAT MENAMBAH NILAI COKLAT

Coklat tempahan siap ..untuk doorgift.
Selain daripada bentuk coklat, rasa coklat, warna coklat , pembungkusan juga memainkan peranan penting dalam pemasaran coklat buatan tangan.

Pembungkusan yang dipilih biarlah sesuai dengan tujuan coklat itu dibuat sama ada untuk doorgift, hantaran perkahwinan atau pun untuk majlis - majlis tertentu..

Contoh pembungkusan.
Pembungkusan coklat perlu dipilih supaya mampu memberikan ketahanan daripada kerosakan  semasa penghantaran.

Pembungkusan Hadiah
Pembungkusan coklat dengan sedikit hiasan juga mampu menambah nilai dan juga harga coklat buatan tangan ini.Oleh itu pilihlah pembungkusan coklat yang sesuai untuk tempahan yang kita terima..



Sunday, April 1, 2012

CARA NAK BUAT FRENCH MACARON


Macaron semakin popular di negara kita dan banyak yang minat makan macaron ni. Cara nak buat macaron boleh dipelajari dengan mudah..

Lihat video ni..



Selamat mencubanya..

Tuesday, February 7, 2012

Cara Nak Buat Coklat Marshmallow Lollipops


Cara nak buat coklat marshmallow lollipop ini amat mudah, namun nak cari marshmellow yang halal mungkin susah sikit.

Beli marshmallow ini kenalah kita berhati - hati kerana satu daripada bahan yang digunakan untuk buat marshmallow ni adalah gelatin.Gelatin dibuat daripada haiwan ataupun ikan maka memilih  gelatin halal amat penting bagi saya sebagai seorang muslim..

Sumber dari mana gelatin dibuat.

Oleh itu sebelum kita boleh buat coklat lolipop masrhmello ini elok kita belajar cara buat marshmello dahulu..Cara nak buat marshmello tak susah mana pun cuma guna gelatin, gula, sirap jagung dan beberapa bahan lain..

Untuk buat marshmello halal ini, anda boleh guna gelatin yang di sahkan halal oleh JAKIM, saya dah beli 2 botol  ni, jenama Meriah di beli kat ECON Mart kat rumah..le..

Gelatin Halal di sahkan oleh JAKIM
Bila dah ada gelatin halal ini mudah sedikit , dengan hanya guna resepi ini;

Nak beli GELATIN HALAL ONLINE   > http://www.halalgelatine.com/

Homemade Marshmallows:

1 cup (240 ml) cold water, divided
3 - 1/4 ounce envelopes (21 grams) unflavored gelatin
2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 cup (240 ml) light corn (or golden) syrup
1/4 teaspoon salt
2 teaspoons pure vanilla extract
Garnish:
3-4 cups (350-460 grams) confectioners' (powdered or icing) sugar, sifted


Kemudian lihat video ni cara nak buat marshmellow ;






Ini marshmallow yang saya buat hari ini...anak-anak suka..

Bila dah ada marshmallow halal buat sendiri, boleh buat coklat lolipop marshmello dengan tonton video ni..






Nak belajar buat coklat tanpa kos yang mahal ? KLIL > BELAJAR BUAT COKLAT

Ok..jumpa lagi..selamat mencuba..

Thursday, January 19, 2012

BUAT COKLAT DI KILANG COKLAT

Kilang coklat buat coklat dengan menggunakan mesin dan dilaksankan secara automatik untuk mengeluarkan ribuan coklat sehari..Nak tahu cara nya  ?..Lihat




Thursday, January 5, 2012

COKLAT JUALAN MURAH SEMPENA TAHUN BARU CINA 2012 : 3 JANUARI HINGGAN 20 JANUARI 2012



Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca dan hari ini saya nak kongsikan bahawa syarikat  Berrly's telah mengadakan jualan murah pelbagai jenis coklat di kilangnya di Seri Kembangan..

Jika anda pengemar coklat boleh dapat beli coklat pada harga murah ini..beli coklat untuk makan dan buat jualan..