JOIN ME AT FACEBOOK

Wednesday, June 29, 2011

CARA BUAT BISKUT COKLAT CHIP

Coklat cip
Coklat sememangnya digemari ramai..namun ada sesetengah orang tak tahan dengan kemanisanya. Oleh itu satu cara mudah nak makan coklat kurang manis sikit adalah kita buat biskut dengan coklat sebagai bahan utamanya.

Lagi pun hari raya dah akan tiba oleh kita buat biskut coklat ini untuk hidangan hari raya kerana nak buat pun mudah... Buat biskut coklat ini tidak perlu peralatan canggih kerana dapat dibuat secara handmade sahaja.

Saya kongsikan di sini antara resepi coklat chip yang anda dalam simpanan saya..

Biskut Coklat Chip.
 RESEPI BISKUT COKLAT CHIP.
BAHAN-BAHAN
  4 1 / 2 cawan tepung serbaguna
     2 sudu teh baking soda
     2 cawan mentega, dilembutkan
     1 1 / 2 cawan padat gula perang
     1 / 2 cawan gula putih
     2 (3.4 auns) pakej vanila puding campuran segera
     4 biji telur
     2 sudu teh ekstrak vanila
     4 cawan cip coklat semisweet
     2 cawan walnut cincang (pilihan)

CARA MEMBUATNYA.

  1. Panaskan ketuhar kepada 175 darjah C. Ayak tepung dan baking soda, ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, krim bersama mentega, gula perang, gula dan putih dan pukul dalam campuran puding segera sehingga sebati.  
  3. Masukkan telur dan vanila. Kisar campuran tepung. Akhir sekali, masukkan cip coklat dan kacang.  
  4. Cedok dengan sudu dan rata atas tray yang dah disapu sedikit minya
  5. Bakar selama 10 hingga 12 minit di dalam ketuhar yang dipanaskan. Pastikan bahagian tepi harus berwarna perang keemasan, angkat dan sejukkan.
Biskut dan Coklat adalah suatu yang sinonim..Kita boleh guna coklat untuk membuat biskut dan pada masa yang lain kita boleh guna biskut  untuk membuat coklat

Monday, June 20, 2011

BUAT COKLAT UNTUK HANTARAN PERKAHWINAN


Coklat ni selain daripada amat digemari oleh kanak -kanak, kita juga boleh buat coklat untuk dijadikan pelbagai bentuk hadiah. Pada cuti sekolah yang lepas, kita ada menerima tempahan buat coklat untuk dijadikan hantaran perkahwinan seorang kawan..

Maka coklat itu pun dibuat dalam bentuk bunga ros warna biru sesuai untuk tema biru majlis perkahwinan yang penuh gemilang itu. Inilah antara kelebihan jika kita pandai buat coklat.

Kebanyakan coklat homemade selalunya dijual dalam bentuk yang tersendiri dan ia tak perlu untuk bersaing dengan pasaran terbuka..

Coklat dibuat sesuai dengan tema majlis..
Inilah kelebihan coklat homemade..dan yang menarik sekali coklat boleh diwarni dengan pelbagi warna dan corak yang dikehendaki pelanggan..