JOIN ME AT FACEBOOK

Tuesday, March 1, 2011

Pembungkusan Coklat

Pembungkusan memain peranan yang penting jika kita membuat coklat untuk dipasarkan secara meluas kepasaran terbuka. 

Pembungkusan coklat perlu berupaya sesuai dengan sasaran pengguna, mudah didapati serta mampu menarik pengguna membelinya.


Satu daripada strategi pemasaran dalam usaha kita membuat coklat adalah menyediakan pembungkusan sesuai dengan tema serta citarasa coklat tersendiri.

Gabungan antara warna pembungkusan, bentuk coklat serta bentuk pembungkusan dapat memberikan gambaran visual yang mampu menarik minat pengguna untuk membeli coklat tanpa perlu merasai coklat berkenaan.

Jika kita lihat gambar disebelah, kita dapati bagaimana bentuk coklat,warna pembungkusan yang biru serta bentuk pembungkusan seperti pokok pine yang biasa tumbuh ditempat sejuk, maka saya yakin akan tergambar difikiran kita rasa  kesejukkan. 

Melihat gabungan warna dan bentuk sebegini, saya yakin kita akan dapat meneka bahawa coklat ini mempunyai citarasa 'mint' atau mint favour..Oleh itu jika kita ingin sesuatu rasa kesejukan pasti kita akan membeli coklat ini.

Kotak dengan casing berpetak merupakan jenis pembungkusan yang biasa digunakan dalam membuat coklat dan memasarkannya. Selain daripada mudah didapati, coklat yang diletak dalam casing boleh menghalang dari coklat hancur serta bertaburan semasa penghantaran . 

Casing juga berfungsi menyerap kegegaran dan petak - petak itu mampu mengelakan coklat daripada bersentuhan antara satu dengan yang lain, bagi mengelak daripada ia melekat antara satu coklat dengan coklat yang lain.

Casing dengan warna gold biasa digunakan bagi menambah nilai serta imej pada coklat bagi membolehkan ia dipasarkan pada harga yang agak mahal sedikit.




. .

7 comments:

  1. salam.....boleh saya bertanya sikit...!

    Bagaimana pula dengan cara pembungkusan dan cara untuk mengelakkan coklat daripada cair apabila di pos menggunakan pos laju....?

    Harap dapat membalas.....TQ!

    ReplyDelete
  2. salam.....sy pun nak tahu...!

    Bagaimana pula dengan cara pembungkusan dan cara untuk mengelakkan coklat daripada cair apabila di pos?

    Harap dapat membalas.....TQ!

    ReplyDelete
  3. Salina salleh
    salam.. sy pun nak tahu...

    bagaimana pula dengan pembungkusan dan cara untuk mengelakan coklat daripada cair apabila di pos..

    ReplyDelete
  4. salam..saya pun ingin tahu bagaimana utk mengelakkan coklat dari cair...harap dpt jwpnnya, saya baru berjinak2 dlm pembuatan coklat, masih baru belajar dan ingin mengetahui dgn lebih lanjut bagaimana utk elakkan coklat dri cair bila di pos laju...harap dpt membantu..

    ReplyDelete
  5. salam,saya pun ingin tahu bagaimana untuk mengelak coklat dari cair apabila di pos..bagaimana pembungkusannya..harap dapat membantu..

    ReplyDelete
  6. as,salam.saya nk tumpang tanya bagaimana nak mengelakkan coklat tu cair n pos apa yang sesuai di gunakan untuk penghantaran coklat.tq.harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  7. Assalam,sy pun ingat tau jge bkenaan phntrn pos n elak coklat cair.harap dpt mbntu.tq

    ReplyDelete