JOIN ME AT FACEBOOK

Tuesday, March 22, 2011

Coklat Mengandungi Koko Yang Kaya Dengan Antioksidan Baik Untuk Kesihatan

 Coklat yang bahan utamanya adalah serbuk koko kaya dengan antioksidan yang bermanafaat kepada kesihatan badan.

Manfaat antioksidan

 Manfaat antioksidan telah menjadi subjek dari ribuan kajian dalam beberapa tahun terakhir kerana kemungkinan peranan mereka dalam mencegah penyakit jantung, kanser dan penyakit lain.  Konsentrasi tinggi dari antioksidan yang hadir dalam koko dengan  banyak, kini begitu popular.

Apakah antioksidan?

Antioksidan adalah salah satu sebatian pelindung banyak dijumpai dalam tanaman, yang dikenali sebagai phytochemical. Fungsi utama antioksidan adalah untuk meneutralkan radikal bebas dalam tubuh, dianggap sebagai penyebab penuaan dini, penyakit jantung dan kanser.

Radikal bebas yang sangat reaktif produk sampingan daripada proses kimia dalam tubuh. Mereka menghasilkan pengoksidaan berbahaya yang boleh merosakkan integriti sel dan jaringan tubuh.

Faktor luaran banyak mempengaruhi badan sehingga mempengaruhi jumlah radikal bebas dalam tubuh (paparan sinar matahari, asap pencemaran, bakteria berbahaya, makanan yang sarat kolesterol).Oleh itu sekarang lebih penting daripada dahulu untuk memastikan tubuh anda memiliki manfaat antioksidan yang perlu untuk melawan penyakit.

Antioksidan membuang radikal bebas dalam tubuh, dan kajian telah menunjukkan bahawa ini mampu menhilangkan pelbagai masalaah kesihatan badan dan meningkatkan kesejahteraan umum.

Dimana antioksidan dijumpai?

Tubuh kita boleh menghasilkan antioksidan sendiri, tetapi seiring bertambahnya usia kemampuan kita untuk menghasilkan antioksidan melemah dan berkurangan .  

Antioksidan yang ditemui secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.  Vitamin seperti Vitamin C dan Vitamin E memiliki sifat antioksidan.


Oleh itu jangan anda risau jika anda adalah pemakan coklat tegar..

No comments:

Post a Comment