JOIN ME AT FACEBOOK

Tuesday, March 22, 2011

Coklat Mengandungi Koko Yang Kaya Dengan Antioksidan Baik Untuk Kesihatan

 Coklat yang bahan utamanya adalah serbuk koko kaya dengan antioksidan yang bermanafaat kepada kesihatan badan.

Manfaat antioksidan

 Manfaat antioksidan telah menjadi subjek dari ribuan kajian dalam beberapa tahun terakhir kerana kemungkinan peranan mereka dalam mencegah penyakit jantung, kanser dan penyakit lain.  Konsentrasi tinggi dari antioksidan yang hadir dalam koko dengan  banyak, kini begitu popular.

Apakah antioksidan?

Antioksidan adalah salah satu sebatian pelindung banyak dijumpai dalam tanaman, yang dikenali sebagai phytochemical. Fungsi utama antioksidan adalah untuk meneutralkan radikal bebas dalam tubuh, dianggap sebagai penyebab penuaan dini, penyakit jantung dan kanser.

Radikal bebas yang sangat reaktif produk sampingan daripada proses kimia dalam tubuh. Mereka menghasilkan pengoksidaan berbahaya yang boleh merosakkan integriti sel dan jaringan tubuh.

Faktor luaran banyak mempengaruhi badan sehingga mempengaruhi jumlah radikal bebas dalam tubuh (paparan sinar matahari, asap pencemaran, bakteria berbahaya, makanan yang sarat kolesterol).Oleh itu sekarang lebih penting daripada dahulu untuk memastikan tubuh anda memiliki manfaat antioksidan yang perlu untuk melawan penyakit.

Antioksidan membuang radikal bebas dalam tubuh, dan kajian telah menunjukkan bahawa ini mampu menhilangkan pelbagai masalaah kesihatan badan dan meningkatkan kesejahteraan umum.

Dimana antioksidan dijumpai?

Tubuh kita boleh menghasilkan antioksidan sendiri, tetapi seiring bertambahnya usia kemampuan kita untuk menghasilkan antioksidan melemah dan berkurangan .  

Antioksidan yang ditemui secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.  Vitamin seperti Vitamin C dan Vitamin E memiliki sifat antioksidan.


Oleh itu jangan anda risau jika anda adalah pemakan coklat tegar..

Sunday, March 20, 2011

Coklat Baik Untuk Kesihatan

Kanak - kanak suka makan coklat. Muhamad dan adiknya Nabihah peminat setia homemade coklat jenama NAK TRY..



Coklat dicintai oleh semua orang sama kanak - kanak hingga dewasa kerana rasanya yang khusus dan enak.

Pada masa dahulu, makan coklat dikatakan tidak baik untuk kesihatan, Namun kini banyak ahli sains telah mencatatkan bahawa coklat tidak sihat dan berterusan makan sering menyebabkan kerosakan gigi.Beberapa ahli perubatan telah menyatakan bahawa coklat mengandungi zat gula dan dengan demikian menambah kalori pada tubuh dan meningkatkan kadar gula dalam darah. 

Tapi, itu belum lama ini mendapati bahawa coklat baik untuk kesihatan kita kerana mereka mempunyai banyak keuntungan.Coklat mengandungi antioksidan. Oleh kerana itu mereka membunuh radikal bebas dan menghalang pengoksidaan lemak ke dalam tubuh kita. Antioksidan adalah bentuk tertumpu flavonoid.


Antioksidan membantu dalam proses anti-penuaan. Menurut kajian jika anda mengambil coklat anda mengurangkan peluang anda untuk masalah jantung. Coklat adalah agen anti-inflamasi juga.

Coklat mengandungi lemak koko yang tertentu yang dapat membantu mengembalikan kekenyalan otot dan ligamen yang telah hilang dari tubuh.

Selain itu sifat, coklat bertindak sebagai ubat yang menarik untuk depresi. Perancis menunjukkan bahawa anda mengunyah coklat setiap kali anda merasa seperti makan itu. 

Anda benar-benar dapat menghabiskan masa anda dalam cara yang sangat menarik dan melupakan semua masalah kehidupan apabila anda rasa coklat lazat. 

Jadi, apa yang kamu tunggu, pergi mendapatkan coklat anda sekarang dan PASTIKAN COKLAT ANDA HALAL ye...

Wednesday, March 16, 2011

COKLAT NISE

NISE ATAU GULA MELAKA
Bila menulis tentang membuat coklat ini teringat saya sejenis coklat ataupun sebenarnya gula - gula tradisional yang banyak dihasilkan di negeri Kelantan, tempat kelahiran saya.

Gula - gula ini kita panggil ' coklat nise'. Mungkin sebab warna nya coklat maka ia dipanggil coklat nise..pada hal sebenarnya coklat nise ini dibuat daripada nise atau gula melaka yang dimasak cair dan dicampur sedikit gula.

Pada zaman kanak - kanak saya suka makan coklat nise ini kerana rasanya manis, lagi pun pada zaman dolu - dolu mana ada coklat atau gula - gula seperti sekarang. Saya pun tahu nak buat coklat nise ini.

Cara nak buat coklat nise ini amat mudah..gula melaka dicairkan dan campur sedikit gula..bila cair jika kitasuka boleh masukkan kacang tanah goreng yang telah ditumbuk kasar dan kacau dengan keadaan api yang sederhana, takut coklat ni hangus.

Coklat nise yang cair kemudian di sudukan keatas dulang yang dah disapu majerin...dan bila sejuk sedikit gentel menjadi bentuk coklat yang kemudiannya di bungkus dalam kertas warna warni..

Sunday, March 13, 2011

COKLAT LABEL MENARIK PEMBELI


Jika anda membuat coklat untuk pasaran terbuka seperti kedai dan supermarket, selain daripada pembungkusan yang sesuai dan bentuk menarik,anda perlu membuat label dengan grafik yang menarik perhatian pembeli sesuai dengan tema dan jenis coklat yang anda buat.

Label pada pembungkusan coklat merupakan suatu perkara yang wajib ada bagi memastikan produk yang dipasarkan adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan juga Peraturan - Peraturan Makanan 1985. 

Tanpa label yang mematuhi keperluan perundangan makanan, anda seumpama membuat coklat dan memasarkannya secara tidah sah, sama seperti memandu kereta tanpa lesen !.Kiranya anda dah menyalahi perundangan makanan yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan..silap hari bulan anda boleh didakwa ke mahkamah !.

Sunday, March 6, 2011

Membuat Coklat Putih


Membuat coklat putih adalah salah satu jenis coklat yang digunakan dalam proses membuat coklat. Coklat putih walaubagaimana pun sebenarnya tidak dapat dikategorikan sebagai coklat kerana tiada serbuk koko pun yang ada dalam coklat ini..sebab itu warnanya putih

Saturday, March 5, 2011

Acuan Membuat Coklat

Untuk membuat coklat pelbagai bentuk yang menarik, kita perlu ada acuan coklat. Acuan coklat ini boleh kita sesuaikan dengan sasaran pasaran kita dan juga tema serta citarasa kita dalam membuat coklat

Friday, March 4, 2011

Membuat Coklat Bar Amat Mudah

Coklat bar adalah merupakan coklat dalam bentuk yang tradisi dan membuat coklat bar ini lebih mudah sedikit jika dibandingakan dengan coklat daripada bentuk - bentuk yang lain.

Coklat bar boleh disediakan dalam pelbagai jenis warna dan juga perisa. Kini dengan mempelajari cara membuat coklat, semakin ramai orang melayu dah boleh buat coklat samaada secara besaran ataupun secara kecilan dirumah.

Pada kebiasaanya jika dibuat dirumah coklat ini akan lebih popular dengan 'HOMEMADE CHOCOLATE'.. dan kini home coklat ini semakin popular dikalangan surirumah..

Thursday, March 3, 2011

Membuat Coklat Perlu Kreatif


Membuat Coklat perlu juga kepada kreatif dan sedikit sebanyak daya imigenasi bagi menghasilakan bukan sahaja coklat yang sedap dimakan bahkan sedap juga pada mata memandang.

Satu daripada usaha untuk menarik minat pembeli serta pengemar coklat terutama kanak - kanak , coklat boleh dibentuk bersesuaian mengikut sasaran penggunanya.

Gambungan bentuk coklat dan warna yang menarik mampu meraih pembeli membeli coklat yang kita buat untuk pasaran. Keunikan bentuk coklat ini serta rasa yang sedap mampu meningkatkan jualan coklat yang kita buat.

Untuk mendapatkan bentuk - bentuk yang menarik, kita boleh membuatnya sendiri secara bebas ataupun menggunakan acuan yang sedia ada dijual dipasaran.




Pelbagai bentuk coklat

Tuesday, March 1, 2011

Pembungkusan Coklat

Pembungkusan memain peranan yang penting jika kita membuat coklat untuk dipasarkan secara meluas kepasaran terbuka. 

Pembungkusan coklat perlu berupaya sesuai dengan sasaran pengguna, mudah didapati serta mampu menarik pengguna membelinya.


Satu daripada strategi pemasaran dalam usaha kita membuat coklat adalah menyediakan pembungkusan sesuai dengan tema serta citarasa coklat tersendiri.

Gabungan antara warna pembungkusan, bentuk coklat serta bentuk pembungkusan dapat memberikan gambaran visual yang mampu menarik minat pengguna untuk membeli coklat tanpa perlu merasai coklat berkenaan.

Jika kita lihat gambar disebelah, kita dapati bagaimana bentuk coklat,warna pembungkusan yang biru serta bentuk pembungkusan seperti pokok pine yang biasa tumbuh ditempat sejuk, maka saya yakin akan tergambar difikiran kita rasa  kesejukkan. 

Melihat gabungan warna dan bentuk sebegini, saya yakin kita akan dapat meneka bahawa coklat ini mempunyai citarasa 'mint' atau mint favour..Oleh itu jika kita ingin sesuatu rasa kesejukan pasti kita akan membeli coklat ini.

Kotak dengan casing berpetak merupakan jenis pembungkusan yang biasa digunakan dalam membuat coklat dan memasarkannya. Selain daripada mudah didapati, coklat yang diletak dalam casing boleh menghalang dari coklat hancur serta bertaburan semasa penghantaran . 

Casing juga berfungsi menyerap kegegaran dan petak - petak itu mampu mengelakan coklat daripada bersentuhan antara satu dengan yang lain, bagi mengelak daripada ia melekat antara satu coklat dengan coklat yang lain.

Casing dengan warna gold biasa digunakan bagi menambah nilai serta imej pada coklat bagi membolehkan ia dipasarkan pada harga yang agak mahal sedikit.