JOIN ME AT FACEBOOK

Monday, February 28, 2011

Coklat Strawberi Cameron Highland

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis coklat yang terdapat dipasaran  yang dihasilkan oleh orang - orang melayu. Sebenarnya coklat - coklat seperti ini mampu dihasilkan sendiri oleh kita jika kita belajar kadeah mudah membuat coklat ini.

Satu contoh yang mudah adalah coklat strawberi jenama La Cocoa yang banyak dijual di Cameron Highland yang kini terkenal dengan ladang strawberry.

Membuat Coklat strawberi  amat mudah, cairkan coklat bar dan kemudian masukan kedalam acuan yang dah ada inti buah strawberi kemudian sejukkan dan bungkus. Jika nak mudah tanpa perlu membuat coklat..beli aje jika anda berkesempatan ke Cameron Highland...


Coklat dimasukan dalam plastik..

Bagi menghalang pergerakan coklat dan nak elak coklat hancur..coklat disusun dalam casing plastik..


Coklat berbentuk bunga ros yang berintikan strawberi..


Sunday, February 27, 2011

Bahan Bahan Membuat Coklat

Bahan bahan yang digunakan untuk membuat coklat , bergantung kepada jenis coklat serta resepi yang hendak kita buat.
Namun pada kebiasaan adalah  coklat bar, pewarna , coklat putih, hiasan, inti coklat.

Manakala bahan bukan makanan yang biasa kita guna dalam membuat coklat adalah acuan coklat, bekal pemanas, pengacau dan macam - macam lagi..

Lihat video cara buat coklat macam ferro rocel





Amat mudah nak buat coklat macam fero rocel tu..rupa nyer...

Saturday, February 26, 2011

Cara Mudah Membuat Coklat

Pada hari ini usaha membuat coklat sebenarnya tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Kalau dahulu membuat coklat amat rumit kerana ia pada awalnya bermula dengan bahan asas tepung koko dan memerlukan teknik dan peralatan yang khas.

Namun pada masa kini, membuat coklat telah dipermudahkan dengan bahan asasnya tidak lagi kita perlu menggunakan tepung koko tetapi membuat coklat boleh bermula dengan bar coklat yang telah tersedia ada dipasaran.

Membuat coklat dengan menggunakan coklat bar ini menjadikan kerja membuat coklat lebih mudah dan kita hanya memberi tumpuan kepada pencampuran coklat, pembentukan serta hiasan coklat.

Walabagaimana pun dalam usaha kita membuat coklat ini, jenis bar coklat yang sesuai perlu kita pilih bagi memastikan coklat bar yang kita gunakan dalam proses membuat coklat ini sesuai dengan resepi serta citarasa coklat yang ingin kita  buat.

Langkah awal dalam membuat coklat dengan menggunakan bar coklat adalah mencairkan bar coklat ini bagi membolehkan bahan - bahan lain dicampur dan digaul seterusnya coklat dibentuk keacuan yang sesuai. Untuk mencairkan bar coklat ini, cukup dengan kita menggunakan air panas sahaja.

Teknik dan cara mencairkan coklat boleh anda saksikan dalam video ini.





Cara Bagaimana Coklat Bar Dicairkan dengan Teknik Mudah