Pembungkusan memain peranan yang penting jika kita membuat coklat untuk dipasarkan secara meluas kepasaran terbuka.
Pembungkusan coklat perlu berupaya sesuai dengan sasaran pengguna, mudah didapati serta mampu menarik pengguna membelinya.
Satu daripada strategi pemasaran dalam usaha kita membuat coklat adalah menyediakan pembungkusan sesuai dengan tema serta citarasa coklat tersendiri.
Gabungan antara warna pembungkusan, bentuk coklat serta bentuk pembungkusan dapat memberikan gambaran visual yang mampu menarik minat pengguna untuk membeli coklat tanpa perlu merasai coklat berkenaan.
Jika kita lihat gambar disebelah, kita dapati bagaimana bentuk coklat,warna pembungkusan yang biru serta bentuk pembungkusan seperti pokok pine yang biasa tumbuh ditempat sejuk, maka saya yakin akan tergambar difikiran kita rasa kesejukkan.
Melihat gabungan warna dan bentuk sebegini, saya yakin kita akan dapat meneka bahawa coklat ini mempunyai citarasa 'mint' atau mint favour..Oleh itu jika kita ingin sesuatu rasa kesejukan pasti kita akan membeli coklat ini.
Kotak dengan casing berpetak merupakan jenis pembungkusan yang biasa digunakan dalam membuat coklat dan memasarkannya. Selain daripada mudah didapati, coklat yang diletak dalam casing boleh menghalang dari coklat hancur serta bertaburan semasa penghantaran .
Casing juga berfungsi menyerap kegegaran dan petak - petak itu mampu mengelakan coklat daripada bersentuhan antara satu dengan yang lain, bagi mengelak daripada ia melekat antara satu coklat dengan coklat yang lain.
Casing dengan warna gold biasa digunakan bagi menambah nilai serta imej pada coklat bagi membolehkan ia dipasarkan pada harga yang agak mahal sedikit.
.
.
