Selalunya 'hantaran' digunakan dalam istilah perkahwinan ataupun peminangan. Oleh itu coklat hantaran ini ada kaitan dengan majlis peminangan, pertunangan atau pun perkahwinan. Coklat dijadikan bahan hantaran kerana ia melambangkan kemanisan serta dijadikan pemanis mulut penerimanya.
Coklat hantaran boleh digubah,dibentuk mengikut pengirimnya bagi mencerminkan isi hati pengirimnya. Keupayaan coklat hantaran ini boleh digubah menjadikan ia satu diantara bahan hantaran yang popular pada masa ini.
Coklat Hantaran ini boleh ditempah daripada pengusaha coklat homemade ataupun daripada kedai - kedai coklat yang tersohor. Keunikan coklat hantaran ini akan menjadi kebanggaan penghantarnya serta pengirim dan akan menjadi kenangan manis kepada kedua pasangan berkenaan.

this is super cute. i like..
ReplyDelete