JOIN ME AT FACEBOOK

Tuesday, February 23, 2010

Coklat Coklat Warna Warni

Coklat yang kita makan kadang - kadang dapat dibeli dalam pelbagai bentuk dan warna. Coklat adalah produk makanan yang berbeza daripada manisan atau gula - gula. Coklat warna - warni samaada coklat merah, coklat biru, coklat kuning sebenarnya dihasilkan daripada coklat putih.

Coklat putih adalah coklat yang tidak mengandungi serbuk koko kerana kehadiran koko dalam coklat akan hanya memberikan warna koko pada coklat. Coklat warna warni ini amat menarik dan sesuai untuk dihadiahkan kepada kanak - kanak.

Untuk menghasilkan coklat warna - warni sudah pasti bahan pewarna ditambah kepada coklat putih. Pelbagai warna boleh digunakan untuk hasilkan coklat warna - warni ini namun didapati warna biru kurang sesuai digunakan untuk menghasilkan coklat warna kerana warna biru ini selalu dikaitkan dengan bahan kimia ataupun ubat.

Warna yang paling popular untuk mengahasilkan coklat warna warni adalah merah, kuning, hijau dan lain - lain warna yang ada kaitan dengan warna buah.

@ COKLAT

No comments:

Post a Comment