JOIN ME AT FACEBOOK

Thursday, February 25, 2010

Coklat Murah

Coklat murah mudah didapati

Tuesday, February 23, 2010

Coklat Coklat Warna Warni

Coklat yang kita makan kadang - kadang dapat dibeli dalam pelbagai bentuk dan warna. Coklat adalah produk makanan yang berbeza daripada manisan atau gula - gula. Coklat warna - warni samaada coklat merah, coklat biru, coklat kuning sebenarnya dihasilkan daripada coklat putih.

Coklat putih adalah coklat yang tidak mengandungi serbuk koko kerana kehadiran koko dalam coklat akan hanya memberikan warna koko pada coklat. Coklat warna warni ini amat menarik dan sesuai untuk dihadiahkan kepada kanak - kanak.

Untuk menghasilkan coklat warna - warni sudah pasti bahan pewarna ditambah kepada coklat putih. Pelbagai warna boleh digunakan untuk hasilkan coklat warna - warni ini namun didapati warna biru kurang sesuai digunakan untuk menghasilkan coklat warna kerana warna biru ini selalu dikaitkan dengan bahan kimia ataupun ubat.

Warna yang paling popular untuk mengahasilkan coklat warna warni adalah merah, kuning, hijau dan lain - lain warna yang ada kaitan dengan warna buah.

@ COKLAT

Monday, February 22, 2010

Kos Membuat Coklat

Membuat Coklat merupakan suatu kemahiran dan juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Jika kita ingin membuat coklat untuk dijual kepada pengguna, maka faktor kos pembuatan coklat perlu dibuat dengan teliti.

Kos utama yang terlibat dalam membuat coklat ini merangkumi kos bahan mentah seperti coklat, inti coklat, kos pembungkusan coklat, kos buruh, kos penghantaran serta upah ataupun nilai keuntungan dalam membuat coklat ini.

Bagi pengguna, rasa yang sedap, bentuk yang cantik serta jika coklat itu mudah didapati dan mempunyai bentuk yang unik, faktor kos yang tidak menjadi masaalah untuk pengemar coklat membelinya.

Membuat coklat ini secara homemade serta menjualnya melalui internet merupakan suatu fenomena baru dinegara kita. Membuat coklat dirumah ini dapat menjimat ataupun mengurangkan kos dalam menghasilkan coklat kerana kita tidak perlu menyewa kedai yang mahal serta kos pengurusan yang tinggi.


Membuat Coklat HOMEMADE

@ COKLAT

Saturday, February 20, 2010

Membuat Inti Coklat


Untuk rasa coklat pelagai rasa maka coklat boleh dibuat inti seperti perisa oren, papermint dan macam lagi. Inti coklat juga boleh digunakan pelbagai kekacang seperti badam, gajus dan lain - lain untuk memerikan rasa yang lebih enak kepada coklat.

Namun perlu diingat sesetengah orang ataupun pemakan coklat, kekacang kadang - kadang boleh menimbulkan reaksi alergik yang amat berbahaya. Oleh itu jika kita nak buat coklat dan dijual kepada orang ramai pastikan jenis kekacang yang digunakan dinyatakan pada label supaya orang membeli coklat berkenaan tahu jenis coklat apa yang dia makan.

Selain daripada kekacang, bijirin beras, corn flake , biskut serta wafer ada juga dijadikan inti coklat untuk menambahkan kepelbagaian serta memenuhi citarasa pengguna.

Friday, February 19, 2010

Coklat Hantaran

Coklat Hantaran merupakan suatu istilah coklat yang agak tersohor juga kerana ramai yang gemar makan coklat. Coklat Hantaran ini merupakan hadiah dalam bentuk coklat rupa dan ciri coklat ini tertakluk kepada penghantar atau pengirim coklat hantaran.

Selalunya 'hantaran' digunakan dalam istilah perkahwinan ataupun peminangan. Oleh itu coklat hantaran ini ada kaitan dengan majlis peminangan, pertunangan atau pun perkahwinan. Coklat dijadikan bahan hantaran kerana ia melambangkan kemanisan serta dijadikan pemanis mulut penerimanya.

Coklat hantaran boleh digubah,dibentuk mengikut pengirimnya bagi mencerminkan isi hati pengirimnya. Keupayaan coklat hantaran ini boleh digubah menjadikan ia satu diantara bahan hantaran yang popular pada masa ini.

Coklat Hantaran ini boleh ditempah daripada pengusaha coklat homemade ataupun daripada kedai - kedai coklat yang tersohor. Keunikan coklat hantaran ini akan menjadi kebanggaan penghantarnya serta pengirim dan akan menjadi kenangan manis kepada kedua pasangan berkenaan.

Thursday, February 18, 2010

Membuat Coklat

Membuat Coklat kini menjadi mudah jika kita tahu caranya. Sebenarnya jika kita ingin cuba membuat coklat, kita boleh mencari informasi ini di internet.

Taip sahaja perkataan 'cara membuat coklat' di engine Cari Google , maka beratusan informasi cara membuat coklat akan anda perolehi. Ambilah masa untuk membaca cara - cara membuat coklat ini kerana membuat coklat amat mudah.

Namun begitu, seperti dalam menuntut ilmu - ilmu lain, untuk kita mahir dalam membuat coklat ini, sudah pasti kita perlu belajar secara berguru cara membuat coklat ini. Jika tidak coklat yang kita ingin buat itu sudah pasti tidak akan menjadi dengan baik.


Sebagai contoh kenapa kita perlu belajar secara berguru dalam usaha kita membuat coklat halal. Jika dalam buku kata panaskan coklat hingga pekat. Masaalahnya coklat pekat macam mana ?. Makan tafsiran pekat kita itu mungkin berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh penulis.

Lain hal jika kita pergi belajar,kita akan dapat bertanya dan melihat sendiri maksud erti sebenar cair coklat yang pekat.

Ini contoh coklat halal yang mampu kita hasilkan dengan belajar membuat coklat daripada guru - guru yang tersohor.

Monday, February 15, 2010

Coklat Coklat Hari Hari Buat Coklat

Coklat , Coklat hari hari makan coklat pun kita tak akan jemu. Cuma yang bimbang bila makan coklat akan mengikiskan dompet serta menambahkan berat badan.

Makan coklat ini ada aura tersendiri. Coklat telah terbukti mampu naikkan mood atau feeling yang baik kepada pemakannya. Ini menjadikan orang amat suka makan coklat walaupun kosnya agak mahal. Selalunya bila kita rasa tertekan atau dalam mood yang kurang baik, cubalah makan coklat dan anda pasti merasakan perbezaanya.

Pastikan dalam kereta kita ada coklat. Jika jalan jamm, try makan coklat itu anda pasti merasa selesa tambah lagi makan coklat sambil mendengar radio dalam kereta..