JOIN ME AT FACEBOOK

Sunday, January 10, 2010

Coklat


Coklat merupakan makanan yang amat digemari oleh semua manusia diseluruh dunia tanpa mengira peringkat umur. Coklat mempunyai peminat atau pun penggila coklat yang tersendiri. Kini terdapat berbagai jenis coklat diseluruh dunia.

Coklat mempunyai citarasa tersendiri yang dikatakan mampu meningkatkan mood seseorang yang memakan coklat.Walaupun coklat mempunyai pelbagai nama dan jenis namun proses pembuatan coklat tidak boleh lari daripada bahan utama membuat coklat iaitu koko, gula,susu dan juga lelemak.

Coklat juga dikatakan mampu meningkatkan daya keinginan seks atau aphrodisiac sebab coklat kini semakin popular sebagai hadiah dimajlis perkahwinan serta hari ulang tahun.

Selain daripada sebagai makanan, coklat juga mampu meningkatkan kesihatan badan kerana coklat mengandungi bahan epicatechin yang mampu bertindak sebagai anti oksidan dan dengan ini mencegah berlakunya oksidasi keatas LDL ( lemak baik dalam darah) seterusnya ia mampu menurunkan tekanan darah.

No comments:

Post a Comment