
Namun begitu sehingga kini, saya sendiri pun tidak pernah melihat urutan coklat ini dinegara kita. Mengurut dengan menggunakan coklat adalah sesuatu yang agak jangkal dan pelik namun kaedah pengurutan menggunakan coklat ini mendapat sambutan yang mengalakan daripada pengguna terutama wanita kerana urutan coklat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Urutan coklat ini amat popular di Rusia dan mula mendapat tempat diEropah dan juga Amerika.
Cara penggurutan coklat ini kelihatan amat mudah dimana coklat bar dicairkan kemudian di sapukan kepada badan pelanggan yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Coklat dalam urutan ini digunakan sebagai penganti minyak urut ataupun krim urutan.
Menggurut dengan menggunakan coklat ini memberikan beberapa keistimewaan antaranya ia dapat menyegarkan badan kerana kandungan coklat serta aromanya dapat meningkatkan mood atau perasaan seseorang kearah keriangan setelah penah bekerja sepanjang hari.
Namun saya lihat urutan coklat ini agak leceh sedikit kerana badan akan disapu dengan coklat dan bagi pengurut pula sentiasa perlu membuat coklat untuk melakukan urutan coklat ini. Namun begitu jika urutan coklat ini terdapat dinegara kita terasa saya ini mencuba urutan coklat ini.
Sekiranya kita tidak menjumpai urutan coklat ini, nampak gaya kena cuba sendiri dirumah dengan membuat coklat sendiri dan saya yakin dengan membuat coklat sendiri kita sudah pasti bahawa coklat itu adalah coklat halal. Jika berminat mencuba membuat urutan coklat anda boleh mengikuti kaedah yang ditunjukkan dalam video YouTube.
Coklat urutan
No comments:
Post a Comment