Coklat mempunyai pelbagai rasa, nama, jenama dan harga tersendiri. Anda mungkin terkejut jika saya katakan ada coklat yang dijual pada harga USD2,000.0 untuk satu paun !. Ya coklat ini sangat tersohor kerana keenakannya serta harganya. Coklat ini dipasarkan di Amerika Syarikat dengan jenama NOKA.
Mungkin begitulah kegilaan dalam dunia coklat ini, walaupun harganya mahal namun ada yang masih sangup membeli coklat NOKA ini. Mereka yang makan coklat ini mungkin sebab rasanya yang sedap ataupun kerana namanya yang terkenal.
Sapa yang mampu beli coklat sebegini mahal dan saya yakin ramai rakyat Amerika sendiri pun tak pernah merasainya, apatah lagi saya nak cuba makan coklat ini. Anda boleh lihat informasi coklat termahal ini di video ini.
Oleh jangan kita pandang remeh industri membuat coklat ini, kerana ia mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Namun jika anda minat membuat coklat , anda boleh mula mempelajari cara membuat coklat kemudian buat coklat sendiri sudah pasti akan banyak menjimatkan perbelanjaan anda.
@ Coklat dan Membuat Coklat Dirumah
No comments:
Post a Comment