JOIN ME AT FACEBOOK

Tuesday, January 19, 2010

Coklat Digemari Diseluruh Dunia

Coklat merupakan satu makanan yang begitu digemari diseluruh dunia. Hampir semua orang mengemari coklat tanpa mengira peringkat umur.Saya sendiri tak tahu kenapa coklat menjadi pilihan hampir semua orang. Namun kajian yang dibuat oleh beberapa ahli sains diseluruh dunia menunjukkan memakan coklat ini sebenarnya banyak memberi kebaikan walaupun terdapat segelintir yang mengatakan tabiat memakan coklat boleh merosakan gigi.

Satu penemuan yang menarik berkaitan dengan memakan coklat adalah kerana coklat dapat memperbaiki 'mood' atau perasaan seseorang. Maksudnya dengan memakan coklat sahaja mood atau perasaan seseorang boleh berubah dari sifat negetif seperti sedih, kemurungan, letih boleh berubah kepada periang, ceria, aktif dengan hanya memakan coklat.

Oleh sebab coklat dapat memperbaiki mood ini, adalah dicadangkan anda memakan coklat bila terasa muram atau sedih.Faktor yang mampu mengubah mood ini dipercayai kerana coklat mempunyai bahan yang mampu mempengaruhi minda serta penghasilan hormon yang dapat meningkatkan keceriaan disamping kandungan gula dan susu yang dapat memberikan tenaga kepada pemakan coklat.

Jika kita lihat diseluruh dunia, terutama negara maju, hampir semuanya ada memasarkan coklat atau pun memiliki kilang coklat sendiri. Namun membuat coklat secara homemade atau membuat coklat dirumah semakin popular dan mendapat sambutan diseluruh dunia.

membuat coklat, coklat @ membuatcoklat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment