JOIN ME AT FACEBOOK

Tuesday, January 26, 2010

Coklat Tempatan

Kini terdapat pelbagai jenis coklat dipasaran, namun coklat bercirikan buah - buahan tempatan masih kurang kita dapati seperti coklat berintikan durian dan seumpamanya.

Friday, January 22, 2010

Membuat Coklat

Membuat coklat merupakan suatu perkara yang amat menyeronokan. Membuat coklat pada pandangan saya bukan sekadar membuat coklat dan siap, namun membuat coklat ini merupakan suatu seni masakan yang tersendiri.
Membuat coklat bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan namun kemahiran yang perlu dipelajari secara praktikel

Thursday, January 21, 2010

Coklat Urutan

Coklat bukan sekadar makanan bahkan kini coklat telah digunakan untuk kesihatan.Urutan coklat ataupun dikenali sebagai chocolate massage telah lama diamalkan dinegara barat terutama di SPA.

Namun begitu sehingga kini, saya sendiri pun tidak pernah melihat urutan coklat ini dinegara kita. Mengurut dengan menggunakan coklat adalah sesuatu yang agak jangkal dan pelik namun kaedah pengurutan menggunakan coklat ini mendapat sambutan yang mengalakan daripada pengguna terutama wanita kerana urutan coklat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Urutan coklat ini amat popular di Rusia dan mula mendapat tempat diEropah dan juga Amerika.

Cara penggurutan coklat ini kelihatan amat mudah dimana coklat bar dicairkan kemudian di sapukan kepada badan pelanggan yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Coklat dalam urutan ini digunakan sebagai penganti minyak urut ataupun krim urutan.

Menggurut dengan menggunakan coklat ini memberikan beberapa keistimewaan antaranya ia dapat menyegarkan badan kerana kandungan coklat serta aromanya dapat meningkatkan mood atau perasaan seseorang kearah keriangan setelah penah bekerja sepanjang hari.

Namun saya lihat urutan coklat ini agak leceh sedikit kerana badan akan disapu dengan coklat dan bagi pengurut pula sentiasa perlu membuat coklat untuk melakukan urutan coklat ini. Namun begitu jika urutan coklat ini terdapat dinegara kita terasa saya ini mencuba urutan coklat ini.

Sekiranya kita tidak menjumpai urutan coklat ini, nampak gaya kena cuba sendiri dirumah dengan membuat coklat sendiri dan saya yakin dengan membuat coklat sendiri kita sudah pasti bahawa coklat itu adalah coklat halal. Jika berminat mencuba membuat urutan coklat anda boleh mengikuti kaedah yang ditunjukkan dalam video YouTube.






Coklat urutan

Wednesday, January 20, 2010

COKLAT Termahal Dunia

Coklat mempunyai pelbagai rasa, nama, jenama dan harga tersendiri. Anda mungkin terkejut jika saya katakan ada coklat yang dijual pada harga USD2,000.0 untuk satu paun !. Ya coklat ini sangat tersohor kerana keenakannya serta harganya. Coklat ini dipasarkan di Amerika Syarikat dengan jenama NOKA.

Mungkin begitulah kegilaan dalam dunia coklat ini, walaupun harganya mahal namun ada yang masih sangup membeli coklat NOKA ini. Mereka yang makan coklat ini mungkin sebab rasanya yang sedap ataupun kerana namanya yang terkenal.

Sapa yang mampu beli coklat sebegini mahal dan saya yakin ramai rakyat Amerika sendiri pun tak pernah merasainya, apatah lagi saya nak cuba makan coklat ini. Anda boleh lihat informasi coklat termahal ini di video ini.





Oleh jangan kita pandang remeh industri membuat coklat ini, kerana ia mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Namun jika anda minat membuat coklat , anda boleh mula mempelajari cara membuat coklat kemudian buat coklat sendiri sudah pasti akan banyak menjimatkan perbelanjaan anda.

@ Coklat dan Membuat Coklat Dirumah

Tuesday, January 19, 2010

Coklat Digemari Diseluruh Dunia

Coklat merupakan satu makanan yang begitu digemari diseluruh dunia. Hampir semua orang mengemari coklat tanpa mengira peringkat umur.Saya sendiri tak tahu kenapa coklat menjadi pilihan hampir semua orang. Namun kajian yang dibuat oleh beberapa ahli sains diseluruh dunia menunjukkan memakan coklat ini sebenarnya banyak memberi kebaikan walaupun terdapat segelintir yang mengatakan tabiat memakan coklat boleh merosakan gigi.

Satu penemuan yang menarik berkaitan dengan memakan coklat adalah kerana coklat dapat memperbaiki 'mood' atau perasaan seseorang. Maksudnya dengan memakan coklat sahaja mood atau perasaan seseorang boleh berubah dari sifat negetif seperti sedih, kemurungan, letih boleh berubah kepada periang, ceria, aktif dengan hanya memakan coklat.

Oleh sebab coklat dapat memperbaiki mood ini, adalah dicadangkan anda memakan coklat bila terasa muram atau sedih.Faktor yang mampu mengubah mood ini dipercayai kerana coklat mempunyai bahan yang mampu mempengaruhi minda serta penghasilan hormon yang dapat meningkatkan keceriaan disamping kandungan gula dan susu yang dapat memberikan tenaga kepada pemakan coklat.

Jika kita lihat diseluruh dunia, terutama negara maju, hampir semuanya ada memasarkan coklat atau pun memiliki kilang coklat sendiri. Namun membuat coklat secara homemade atau membuat coklat dirumah semakin popular dan mendapat sambutan diseluruh dunia.

membuat coklat, coklat @ membuatcoklat.blogspot.com

Monday, January 11, 2010

Coklat dan Koko


Coklat merupakan satu makanan yang enak dihasilkan daripada serbuk koko yang diolah dengan pelbagai bahan untuk menjadikan coklat. Koko yang digunakan untuk membuat coklat ini sebenarnya datang daripada buah koko yang banyak ditanam dinegara berikhlim khatuistiwa seperti Ghana dan juga negara kita Malaysia.

Saya melihat industri pembuatan coklat ini sungguh luarbiasa kerana negara pengeluar koko untuk membuat coklat rata -ratanya adalah negara sedang membangun manakala negara pengeluar coklat yang terkenal didunia adalah negara eropah yang jika kita lihat sepohon pokok koko pun tiada dinegara mereka !.

Inilah satu konsep membuat coklat, seperti bidalan lembu punya susu, sapi punya nama..minyak sapi..beginilah kepintaran negara barat yang menjadi pengeluar terbesar coklat dunia. Dengan sedikt value added, produk mereka dapat dijual dengan harga yang mahal.


Biji koko mentah.Biji
@ COKLAT 2010

Sunday, January 10, 2010

Coklat


Coklat merupakan makanan yang amat digemari oleh semua manusia diseluruh dunia tanpa mengira peringkat umur. Coklat mempunyai peminat atau pun penggila coklat yang tersendiri. Kini terdapat berbagai jenis coklat diseluruh dunia.

Coklat mempunyai citarasa tersendiri yang dikatakan mampu meningkatkan mood seseorang yang memakan coklat.Walaupun coklat mempunyai pelbagai nama dan jenis namun proses pembuatan coklat tidak boleh lari daripada bahan utama membuat coklat iaitu koko, gula,susu dan juga lelemak.

Coklat juga dikatakan mampu meningkatkan daya keinginan seks atau aphrodisiac sebab coklat kini semakin popular sebagai hadiah dimajlis perkahwinan serta hari ulang tahun.

Selain daripada sebagai makanan, coklat juga mampu meningkatkan kesihatan badan kerana coklat mengandungi bahan epicatechin yang mampu bertindak sebagai anti oksidan dan dengan ini mencegah berlakunya oksidasi keatas LDL ( lemak baik dalam darah) seterusnya ia mampu menurunkan tekanan darah.