JOIN ME AT FACEBOOK

Thursday, February 25, 2010

Coklat Murah

Coklat murah mudah didapati

Tuesday, February 23, 2010

Coklat Coklat Warna Warni

Coklat yang kita makan kadang - kadang dapat dibeli dalam pelbagai bentuk dan warna. Coklat adalah produk makanan yang berbeza daripada manisan atau gula - gula. Coklat warna - warni samaada coklat merah, coklat biru, coklat kuning sebenarnya dihasilkan daripada coklat putih.

Coklat putih adalah coklat yang tidak mengandungi serbuk koko kerana kehadiran koko dalam coklat akan hanya memberikan warna koko pada coklat. Coklat warna warni ini amat menarik dan sesuai untuk dihadiahkan kepada kanak - kanak.

Untuk menghasilkan coklat warna - warni sudah pasti bahan pewarna ditambah kepada coklat putih. Pelbagai warna boleh digunakan untuk hasilkan coklat warna - warni ini namun didapati warna biru kurang sesuai digunakan untuk menghasilkan coklat warna kerana warna biru ini selalu dikaitkan dengan bahan kimia ataupun ubat.

Warna yang paling popular untuk mengahasilkan coklat warna warni adalah merah, kuning, hijau dan lain - lain warna yang ada kaitan dengan warna buah.

@ COKLAT

Monday, February 22, 2010

Kos Membuat Coklat

Membuat Coklat merupakan suatu kemahiran dan juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Jika kita ingin membuat coklat untuk dijual kepada pengguna, maka faktor kos pembuatan coklat perlu dibuat dengan teliti.

Kos utama yang terlibat dalam membuat coklat ini merangkumi kos bahan mentah seperti coklat, inti coklat, kos pembungkusan coklat, kos buruh, kos penghantaran serta upah ataupun nilai keuntungan dalam membuat coklat ini.

Bagi pengguna, rasa yang sedap, bentuk yang cantik serta jika coklat itu mudah didapati dan mempunyai bentuk yang unik, faktor kos yang tidak menjadi masaalah untuk pengemar coklat membelinya.

Membuat coklat ini secara homemade serta menjualnya melalui internet merupakan suatu fenomena baru dinegara kita. Membuat coklat dirumah ini dapat menjimat ataupun mengurangkan kos dalam menghasilkan coklat kerana kita tidak perlu menyewa kedai yang mahal serta kos pengurusan yang tinggi.


Membuat Coklat HOMEMADE

@ COKLAT

Saturday, February 20, 2010

Membuat Inti Coklat

Untuk rasa coklat pelagai rasa maka coklat boleh dibuat inti seperti perisa oren, papermint dan macam lagi. Inti coklat juga boleh digunakan pelbagai kekacang seperti badam, gajus dan lain - lain untuk memerikan rasa yang lebih enak kepada coklat. Namun perlu diingat sesetengah orang ataupun pemakan coklat, kekacang kadang - kadang boleh menimbulkan reaksi alergik yang amat berbahaya. Oleh itu jika kita nak buat coklat dan dijual kepada orang ramai pastikan jenis kekacang yang digunakan dinyatakan pada label supaya orang membeli coklat berkenaan tahu jenis coklat apa yang dia makan. Selain daripada kekacang, bijirin beras, corn flake , biskut serta wafer ada juga dijadikan inti coklat untuk menambahkan kepelbagaian serta memenuhi citarasa pengguna. .
.



 

Friday, February 19, 2010

Coklat Hantaran

Coklat Hantaran merupakan suatu istilah coklat yang agak tersohor juga kerana ramai yang gemar makan coklat. Coklat Hantaran ini merupakan hadiah dalam bentuk coklat rupa dan ciri coklat ini tertakluk kepada penghantar atau pengirim coklat hantaran.

Selalunya 'hantaran' digunakan dalam istilah perkahwinan ataupun peminangan. Oleh itu coklat hantaran ini ada kaitan dengan majlis peminangan, pertunangan atau pun perkahwinan. Coklat dijadikan bahan hantaran kerana ia melambangkan kemanisan serta dijadikan pemanis mulut penerimanya.

Coklat hantaran boleh digubah,dibentuk mengikut pengirimnya bagi mencerminkan isi hati pengirimnya. Keupayaan coklat hantaran ini boleh digubah menjadikan ia satu diantara bahan hantaran yang popular pada masa ini.

Coklat Hantaran ini boleh ditempah daripada pengusaha coklat homemade ataupun daripada kedai - kedai coklat yang tersohor. Keunikan coklat hantaran ini akan menjadi kebanggaan penghantarnya serta pengirim dan akan menjadi kenangan manis kepada kedua pasangan berkenaan.

Thursday, February 18, 2010

Membuat Coklat

Membuat Coklat kini menjadi mudah jika kita tahu caranya. Sebenarnya jika kita ingin cuba membuat coklat, kita boleh mencari informasi ini di internet.

Taip sahaja perkataan 'cara membuat coklat' di engine Cari Google , maka beratusan informasi cara membuat coklat akan anda perolehi. Ambilah masa untuk membaca cara - cara membuat coklat ini kerana membuat coklat amat mudah.

Namun begitu, seperti dalam menuntut ilmu - ilmu lain, untuk kita mahir dalam membuat coklat ini, sudah pasti kita perlu belajar secara berguru cara membuat coklat ini. Jika tidak coklat yang kita ingin buat itu sudah pasti tidak akan menjadi dengan baik.


Sebagai contoh kenapa kita perlu belajar secara berguru dalam usaha kita membuat coklat halal. Jika dalam buku kata panaskan coklat hingga pekat. Masaalahnya coklat pekat macam mana ?. Makan tafsiran pekat kita itu mungkin berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh penulis.

Lain hal jika kita pergi belajar,kita akan dapat bertanya dan melihat sendiri maksud erti sebenar cair coklat yang pekat.

Ini contoh coklat halal yang mampu kita hasilkan dengan belajar membuat coklat daripada guru - guru yang tersohor.

Monday, February 15, 2010

Coklat Coklat Hari Hari Buat Coklat

Coklat , Coklat hari hari makan coklat pun kita tak akan jemu. Cuma yang bimbang bila makan coklat akan mengikiskan dompet serta menambahkan berat badan.

Makan coklat ini ada aura tersendiri. Coklat telah terbukti mampu naikkan mood atau feeling yang baik kepada pemakannya. Ini menjadikan orang amat suka makan coklat walaupun kosnya agak mahal. Selalunya bila kita rasa tertekan atau dalam mood yang kurang baik, cubalah makan coklat dan anda pasti merasakan perbezaanya.

Pastikan dalam kereta kita ada coklat. Jika jalan jamm, try makan coklat itu anda pasti merasa selesa tambah lagi makan coklat sambil mendengar radio dalam kereta..

Tuesday, January 26, 2010

Coklat Tempatan

Kini terdapat pelbagai jenis coklat dipasaran, namun coklat bercirikan buah - buahan tempatan masih kurang kita dapati seperti coklat berintikan durian dan seumpamanya.

Friday, January 22, 2010

Membuat Coklat

Membuat coklat merupakan suatu perkara yang amat menyeronokan. Membuat coklat pada pandangan saya bukan sekadar membuat coklat dan siap, namun membuat coklat ini merupakan suatu seni masakan yang tersendiri.
Membuat coklat bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan namun kemahiran yang perlu dipelajari secara praktikel

Thursday, January 21, 2010

Coklat Urutan

Coklat bukan sekadar makanan bahkan kini coklat telah digunakan untuk kesihatan.Urutan coklat ataupun dikenali sebagai chocolate massage telah lama diamalkan dinegara barat terutama di SPA.

Namun begitu sehingga kini, saya sendiri pun tidak pernah melihat urutan coklat ini dinegara kita. Mengurut dengan menggunakan coklat adalah sesuatu yang agak jangkal dan pelik namun kaedah pengurutan menggunakan coklat ini mendapat sambutan yang mengalakan daripada pengguna terutama wanita kerana urutan coklat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Urutan coklat ini amat popular di Rusia dan mula mendapat tempat diEropah dan juga Amerika.

Cara penggurutan coklat ini kelihatan amat mudah dimana coklat bar dicairkan kemudian di sapukan kepada badan pelanggan yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Coklat dalam urutan ini digunakan sebagai penganti minyak urut ataupun krim urutan.

Menggurut dengan menggunakan coklat ini memberikan beberapa keistimewaan antaranya ia dapat menyegarkan badan kerana kandungan coklat serta aromanya dapat meningkatkan mood atau perasaan seseorang kearah keriangan setelah penah bekerja sepanjang hari.

Namun saya lihat urutan coklat ini agak leceh sedikit kerana badan akan disapu dengan coklat dan bagi pengurut pula sentiasa perlu membuat coklat untuk melakukan urutan coklat ini. Namun begitu jika urutan coklat ini terdapat dinegara kita terasa saya ini mencuba urutan coklat ini.

Sekiranya kita tidak menjumpai urutan coklat ini, nampak gaya kena cuba sendiri dirumah dengan membuat coklat sendiri dan saya yakin dengan membuat coklat sendiri kita sudah pasti bahawa coklat itu adalah coklat halal. Jika berminat mencuba membuat urutan coklat anda boleh mengikuti kaedah yang ditunjukkan dalam video YouTube.






Coklat urutan

Wednesday, January 20, 2010

COKLAT Termahal Dunia

Coklat mempunyai pelbagai rasa, nama, jenama dan harga tersendiri. Anda mungkin terkejut jika saya katakan ada coklat yang dijual pada harga USD2,000.0 untuk satu paun !. Ya coklat ini sangat tersohor kerana keenakannya serta harganya. Coklat ini dipasarkan di Amerika Syarikat dengan jenama NOKA. Mungkin begitulah kegilaan dalam dunia coklat ini, walaupun harganya mahal namun ada yang masih sangup membeli coklat NOKA ini. Mereka yang makan coklat ini mungkin sebab rasanya yang sedap ataupun kerana namanya yang terkenal. Sapa yang mampu beli coklat sebegini mahal dan saya yakin ramai rakyat Amerika sendiri pun tak pernah merasainya, apatah lagi saya nak cuba makan coklat ini. Anda boleh lihat informasi coklat termahal ini di video ini.
   

 Oleh jangan kita pandang remeh industri membuat coklat ini, kerana ia mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Namun jika anda minat membuat coklat , anda boleh mula mempelajari cara membuat coklat kemudian buat coklat sendiri sudah pasti akan banyak menjimatkan perbelanjaan anda.
@ Coklat dan Membuat Coklat Dirumah




Tuesday, January 19, 2010

Coklat Digemari Diseluruh Dunia

Coklat merupakan satu makanan yang begitu digemari diseluruh dunia. Hampir semua orang mengemari coklat tanpa mengira peringkat umur.Saya sendiri tak tahu kenapa coklat menjadi pilihan hampir semua orang. Namun kajian yang dibuat oleh beberapa ahli sains diseluruh dunia menunjukkan memakan coklat ini sebenarnya banyak memberi kebaikan walaupun terdapat segelintir yang mengatakan tabiat memakan coklat boleh merosakan gigi.

Satu penemuan yang menarik berkaitan dengan memakan coklat adalah kerana coklat dapat memperbaiki 'mood' atau perasaan seseorang. Maksudnya dengan memakan coklat sahaja mood atau perasaan seseorang boleh berubah dari sifat negetif seperti sedih, kemurungan, letih boleh berubah kepada periang, ceria, aktif dengan hanya memakan coklat.

Oleh sebab coklat dapat memperbaiki mood ini, adalah dicadangkan anda memakan coklat bila terasa muram atau sedih.Faktor yang mampu mengubah mood ini dipercayai kerana coklat mempunyai bahan yang mampu mempengaruhi minda serta penghasilan hormon yang dapat meningkatkan keceriaan disamping kandungan gula dan susu yang dapat memberikan tenaga kepada pemakan coklat.

Jika kita lihat diseluruh dunia, terutama negara maju, hampir semuanya ada memasarkan coklat atau pun memiliki kilang coklat sendiri. Namun membuat coklat secara homemade atau membuat coklat dirumah semakin popular dan mendapat sambutan diseluruh dunia.

membuat coklat, coklat @ membuatcoklat.blogspot.com

Monday, January 11, 2010

Coklat dan Koko


Coklat merupakan satu makanan yang enak dihasilkan daripada serbuk koko yang diolah dengan pelbagai bahan untuk menjadikan coklat. Koko yang digunakan untuk membuat coklat ini sebenarnya datang daripada buah koko yang banyak ditanam dinegara berikhlim khatuistiwa seperti Ghana dan juga negara kita Malaysia.

Saya melihat industri pembuatan coklat ini sungguh luarbiasa kerana negara pengeluar koko untuk membuat coklat rata -ratanya adalah negara sedang membangun manakala negara pengeluar coklat yang terkenal didunia adalah negara eropah yang jika kita lihat sepohon pokok koko pun tiada dinegara mereka !.

Inilah satu konsep membuat coklat, seperti bidalan lembu punya susu, sapi punya nama..minyak sapi..beginilah kepintaran negara barat yang menjadi pengeluar terbesar coklat dunia. Dengan sedikt value added, produk mereka dapat dijual dengan harga yang mahal.


Biji koko mentah.Biji
@ COKLAT 2010

Sunday, January 10, 2010

Coklat


Coklat merupakan makanan yang amat digemari oleh semua manusia diseluruh dunia tanpa mengira peringkat umur. Coklat mempunyai peminat atau pun penggila coklat yang tersendiri. Kini terdapat berbagai jenis coklat diseluruh dunia.

Coklat mempunyai citarasa tersendiri yang dikatakan mampu meningkatkan mood seseorang yang memakan coklat.Walaupun coklat mempunyai pelbagai nama dan jenis namun proses pembuatan coklat tidak boleh lari daripada bahan utama membuat coklat iaitu koko, gula,susu dan juga lelemak.

Coklat juga dikatakan mampu meningkatkan daya keinginan seks atau aphrodisiac sebab coklat kini semakin popular sebagai hadiah dimajlis perkahwinan serta hari ulang tahun.

Selain daripada sebagai makanan, coklat juga mampu meningkatkan kesihatan badan kerana coklat mengandungi bahan epicatechin yang mampu bertindak sebagai anti oksidan dan dengan ini mencegah berlakunya oksidasi keatas LDL ( lemak baik dalam darah) seterusnya ia mampu menurunkan tekanan darah.