PENGALAMAN MEMBUAT COKLAT HOMEMADE YANG ENAK SERTA COKLAT HALAL SAMADA DIHASIL MELALUI DAPUR COKLAT DENGAN RESEPI COKLAT DARI TIMUR DAN BARAT SERTA INFORMASI BERKAITAN COKLAT, KOKO, INDUSTRI COKLAT,MESIN COKLAT, PERALATAN COKLAT, PEMBEKAL COKLAT , COKLAT HALAL.UNTUK TEMPAHAN COKLAT DAN PERTANYAAN ;017 3457478 ASIKIN. eMAIL : asikin1@hotmail.com
Coklat banyak digunakan untuk buat hiasan pelbagai produk makanan yang lain seperti hiasan coklat untuk kek, hiasan coklat untuk cup kek dan macam - macam lagi.
Kekadangan kita lihat untuk buat hiasan macam susah aje..tapi nampak cantik dan menarik..Sebenarnya nak buat hiasan ini tak susah mana pun jika tahu rahsianya..
Dunia ini penuh dengan warna warni dan kadang kala mungkin kita terasa bosan jika coklat kita hanya berwarna coklat atau putih sahaja ..ya tak..
Kini dah ada pewarna makanan yang boleh kita gunakan untuk mewarnakan coklat kita, hatta coklat yang kita buat dari coklat bar yang warna coklat tu..
Kini kita boleh berkarya dengan coklat yang warna coklat itu dan boleh kita warnakan dengan beberapa warna supaya dunia coklat kita lebih ceria..yahoooo...
Hanya beli spray pewarna makanan ini dan spray aje atas produk coklat kita tu..kan lebih menarik dan ceria..
Ini spray pewarna untuk makanan.
Isunya kat mana kita nak beli dan persoalan halal nya ?..Itu anda kena buat kajian sendirilah sebab saya sendiri pun belum jumpa kat mana nak beli kat Malaysia ni..
HIASAN RUANG TAMU RUMAH SEMUA NYA DIBUAT DENGAN COKLAT !..yummy..
Ini cerita terbaru yang saya baca..bila dah fokus ke coklat macam - macam kita boleh buat. Ini satu lagi seni coklat..
Seorang pengukir Elena Kliment telah guna 600 kilo coklat untuk buat ukiran perabut coklat ..Lihat gambar diatas tu..semua dibuat daripada coklat...
Ini satu kaedah menarik pengunjug ke sebuah shopping center di Minsk..ha ha menarikan..
Nak lihat cara dia buat camne ye..lihat video ni..
Kedai anda atau rumah anda macam mana ?..ada nak buat..?..Jika nak buat ..fikir juga penjagaan nya takut hari ini siap esok dah di makan semut atau tikus..
Sumber : http://www.huffingtonpost.com/2013/03/13/chocolate-room-elena-kliment_n_2867001.html
Sandwich coklat merupakan produk baru yang saya sendiri pun baru nak cuba buat. Ini satu lagi kelainan dalam kita makan coklat atau pelbagaikan jenis sandwich yang dapat kita makanan.
Nak buat ini gunalah coklat bar manis dan jika minat boleh juga tambah keju..
Macam mana nak buat ni ?..Boleh baca kat sini..KLIK
Sebuah patung coklat telah dibina untuk promosi filem terkini Bruce Willis , Die Hard : The Last Day di Jepun. Coklat patung ini dibuat untuk watak utamanya Bruce Willis..sudah pasti le hero filem..
Beginilah bila berkarya dengan coklat..tak tahu pula banyak mana coklat yang telah digunakan untuk membuat coklat patung ini..bukan kecil..sama macam orang dewasa pulak tu..
Berapa lama patung coklat ini dapat disimpan tidak juga saya ketahui..dan berapa harganya ?.
Inilah satu cara nak buat promosi dengan guna coklat..anda bagaimana ? tak teringin ke nak buat ukiran besar daripada coklat dan letak depan kedai coklat atau kedai kek anda ?..
Bila buat jangan lupa panggil pemberita ..sekurang - kurangnya dapat promosi percuma kat tv atau suratkhabar !..dan mungkin majalah ..pasti ramai yang tertarik nak lihat dan sudah pasti akan datang ke kedai anda!..
Walaupbagaimana pun kalau nak buat itu biarlah sesuatu yang tidak menyalahi undang -undang , adat resam budaya dan agama kita ye...
Boleh lihat video ni untuk tengok saiz..tak faham bahasa jepun , boleh guna google translator
Ini satu lagi kegunaan coklatlah..nampaknya...promosi..dan tarik perhatian...
Pada hari ahad 6.1.2013 saya ada hadir ke majlis perkahwinan saudara saya di UPM dan apa yang menarik , coklat telah dijadikan cenderahati perkhawinan yang ekslusif pada majilis itu.
Walaupun pembungkusan awalnya cukup simple, namun dengan pengisian coklat dalam bekas kaca serta diikat riben ia kelihatan amat menarik..
Saya yakin coklat akan menjadi pilihan cenderahati perkahwinan untuk tahun 2013 ini..kerana ia manis dan sesuai dengan majlis pernikahan..so sweet lah...
Bagi yang buat dan jual coklat ..boleh jadikan majils seumpama ini..peluang untuk memasarkan produk coklat anda..
Pernahkah anda lihat pakaian coklat ?. Maksud saya adalah pakaian yang dibuat daripada coklat !..ya coklat kini dibuat pakaian sama ada dalam bentuk baju dan juga pakaian yang lain.
Inilah kegilaan manusia pada coklat !..Kecintaan kepada coklat hinggakan ada yang buat pakaian bahkan ada pertunjukkan fesyen pulak tu..namun semua ini berlaku di Eropah dan mungkin merebak ke negara lain.
Inilah satu lagi produk hasilan coklat..bila dah tahap tinggi kesukaan pada coklat atau dah naik syieh macam -macam idea timbul antaranya pakaian coklat ini..
Cuma isunya ..ada orang nak beli pakai ka baju ni ?..Bagi kita disini..kalau nak buat ..pada pandangan saya sekadar topi coklat ka dan di buat sekadar hiasan sahaja untuk penarik kedai kita atau pun majlis aje..kerana kurang sesuai dengan budaya timur kita..